Pelarian Kasih Episod 1
Mengingati kembali detika2 kehidupan aku masa lalu, membuatkan aku patah hati dan putus asa dalam meneruskan perjuangan hidup ini. Namun aku cuba juga untuk mengharunginya..
Seingat aku selepas tamat peperiksaan SPMV aku terus mencari kerja, entah kenapa minat aku kerja waktu malam. Kerja kilang sebagai Packer. Masuk pukul 12 malam habis puku 7 pagi. Gaji dapat lah dalam RM500.00 sebulan. So Bila dah tiga bulan berkerja, ada duit lebih sikit aku belajar komputer. Malam kerja, Dalam perjalanan balik aku singgah di bandar KT untuk belajar komputer, Masuk kelas pukul 8.30 pagi, habis pukul 1.00 petang. Sampai rumah pukul 2.30 petang. Sampai rumah rehat dan tidur kejap. pukul 5 dah kena bangun untuk kemas rumah, membasuh, masak dan buat apa yang patut. Magrib mak balik dari kerja, makan sama2. Kemudian aku sambung balik tidur. Em pukul 9.30 mak kejut, mandi2 dan pergi keja semula.
Hampir setahun aku kerja sebagai Packer, entah macam mana aku dapat penyakit..Buat orang, siapa lah tak puas hati sangat dengan aku..Mungkin silap aku juga, menolak orang yang nak kan aku, tapi pikirlah siapa yang nak kahwin dengan suami orang. Em Tiga bulan aku masuk hospital, perut aku kembung, setiap kali malam menjelma perut aku mula mengeras... bermacam-macam andaian doktor tentang penyakit aku. Bila dah lama sangat aku minta mak aku keluar kan aku dari hospital. Aku telah berhenti kerja, siapa yg larat untuk berkerja dalam keadaan sakit begitu. Akhirnya aku berubat kampung. Itu pun setelah lebih dari 10 orang bomoh yang aku jumpa.
Kadang gelihati juga bila sebut pasal bomoh2 yang aku jumpa, ada bomoh yang gunakan orang bunian, yang menurun gunakan nenek kebayan lah, yang memerlukan pengeras duit lah..macam2 lah. Lepas tu ada pulak katanya pasal tak bayar pengeras penyakit aku tak baik. Em entah lah ek. Tapi alhamdulilah, Tuhan Maha Kaya, Aku pun tak tahu macam mana aku boleh sembuh. Lepas sembuh tu aku terus minta kerja semula.
Aku jumpa supervisor tempat kerja lama aku, minta dia terima kau semula, kali ni dia ambil aku jadi Production Clerk. So aku kerja masuk pagi balik petang. Transport dari rumah tak ada, jadi aku duduk kat hostel.
Kerja semuanya ok, alhamdulilah dapat gaji lebih sikit dari sebelum ni. bantu mak pun tak banyak sangat. Masa aku dah kerja ni lah baru ada orang nak cuba2 baik dengan aku. Em aku tahu sangat hajatnya. Kerana duit kan. Em itu lah lelaki...
Bersambung..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home