Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Friday, April 08, 2005 Image hosted by Photobucket.com

~Nasi~

Em diam tak diam dah dekat 3 hari aku tak makan nasi langsung. Last makan dengan Mr Kim dgn Mr Jang hari Isnin tempoh hari. Kenapa ek tak selera nak makan langsung.

Semalam balik kerja terus hantar Shila balik rumah. Em aku tak semangat nak ke mana mana. Pergi pasar malam kejap, beli ikan tongkol 2 ekor, sotong setengah kilo dan juga pucuk ubi. Hehehe kena prepared awal2 sebab mak nak datang kan. Nak suruh mak masak.. Ahaks.

Sampai rumah aku potong ikan, potong sotong dan sayur. Siap kan dulu. Dapat call dari Faisal. Em macam2 ah mamat ni.

"Awak kasi saya cakap 10 minit boleh tak?"
Nak cakap apa?

"boleh lah, 10 minit ajer"
ok,ok.

"saya sebenarnya rasa bersalah sangat dengan awak, diatas perbuatan saya selama saya kenal awak"
em ya lah tu

"awak, dengar lah dulu apa saya nak cakap, saya rasa tak tertanggung lagi, tak tahu nak luahkan pada siapa kekesalan saya ini. Saya teringat lagi apa yang saya buat kat awak, kata2 saya, betapa jahatnya saya, saya ingatkan setelah empat lima bulan ni kita tak jumpa saya boleh lupakan awak, tapi saya tak mampu, perasaan rindu tu sentiasa menganggu saya."
emmmm

"saya tak tahu nak buat macam mana lagi, nak lawan perasaan saya. Saya tahu kerana saya awak ada perasaan benci pada lelaki kan, saya minta maaf sangat"
dah lama saya maafkan awak.

"senang hati saya dengar awak cakap macam tu, tapi saya masih tak tenteram atas apa yang saya lakukan pada awak. Rasa bersalah sangat2"
Awak sudah lah, saya rasa dah lebih 10 minit ni, saya nak tengok tv ni, karton naruto ni

"awak kejap lah, kasi lah saya 5 minit lagi"
tak boleh lah, saya nak tengok karton ni

"3 minit aje boleh tak"
tak nak lah, kita cakap lain kali key

"awak..tolong lah"
bye...

aku terus letak phone. Em.. hampehnya mamat...

Dapat cal lagi..

"napa tak angkat phone?"
alah tadi ada orang call lah..

"siapa? dia nak apa?"
entah..kat mana ni?

"nak hantar mak ke rumah Linda kejap"
tolong leh, top up kan HP. Dah lama tak dapat nak sms dan call out ni.

"ok nanti abg top up kan key"
bye.

Em so tunggu sampai malam tak ditop up kan pun. Boring giler. Tension giler. Tup tup tup kul 10 dapat sms no pin untuk top up. Hehe..sayang rupanya mamat tu kat aku ek.. ahaks.

Malam kul 11 keluar ambil mak kat terminal One. Lepas tu bawa mak pi minum kejap. Lepas tu balik rumah, aku terus tidur.. Mengantuk...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.