Gunung berapi siri 2
14 April 2005
Utusan Malaysia
11 gunung berapi diramal meletup
Daripada Zulkefli Hamzah
JAKARTA 14 April - Sebanyak sebelas gunung berapi di negara ini yang diletakkan dalam status berjaga-jaga berikutan aktivitinya semakin aktif dan diramal menimbulkan letupan yang besar dan dahsyat.
Kesemuanya ialah Gunung Talang, Padang; Gunung Marapi, Bukit Tinggi; Anak Gunung Krakatau, Banten; Tangkuban Perahu, Bandung; Semeru, Jawa Timur; Egon, Flores; Lukon, Dukono, Kiebesi, Soputan dan Ibu di Sulawesi Utara.
Hanya Gunung Talang diletakkan dalam status paling berbahaya dengan seramai lebih 28,000 penduduk telah dipindahkan ke kawasan selamat.
Solok, kota terdekat gunung itu juga dilaporkan telah diselaputi dengan debu dan jarak penglihatan hanya kira-kira 100 meter.
Gunung Tangkuban Perahu juga dilaporkan terus mengeluarkan letupan-letupan gas kecil dan masih ditutup untuk pelancong. Para peniaga di sekitar gunung ini juga telah dipindahkan ke kawasan selamat.
Anak Gunung Krakatau pula diletakkan dalam status waspada berikutan semburan asap hitam semakin aktif diramal tidak meletup sehingga ke tahap seperti pada tahun 1883 yang mengorbankan lebih 26,000 orang.
Jurucakap Jabatan Tenaga dan Sumber Daya Mineral, Wimpy S. Tjejep berkata, Anak Gunung Krakatau berada dalam fasa pembentukan dan jika meletup, ia cenderung tidak akan terlalu besar.
``Kalaupun berlaku gempa akibat letupan, penduduk Jakarta tidak akan dapat merasakannya kerana gempanya selalu kurang dari 2 skala Richter, `' katanya di sini hari ini.
Gunung Tangkuban Perahu, kira-kira 30 kilometer dari Bandung pula kata Wimpy, diramal tidak akan menimbulkan bencana yang besar kerana umur gunung itu sudah tua dan mempunyai banyak kawah.
``Tangkuban Perahu sudah tiga generasi sebab itu kita lihat kawahnya banyak, namun masih aktif. Kalau meletup tidak akan ada lontaran batu yang begitu kuat,'' jelasnya.
Sementara itu di Sumatera Barat, kota Padang hari ini terus digoncang dengan gempa bumi berukuran di bawah 6 skala Ritcher menyebabkan para penduduk takut untuk tinggal di dalam rumah.
Gempa bumi berukuran kecil ini diramal akan terus berlaku dalam beberapa hari ini. - Utusan

0 Comments:
Post a Comment
<< Home