Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Friday, April 15, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Gunung Berapi Siri 1

13 April 2005
Utusan Malaysia

5 gunung berapi kian aktif , Lebih 25,000 penduduk Indonesia lari menyelamatkan diri

Daripada: ZULKEFLI HAMZAH
JAKARTA 13 April - Rangkaian gunung berapi di Indonesia mulai menunjukkan tanda-tanda awal akan meletup setelah Gunung Talang, Padang, Sumatera Barat memuntahkan debu dan asap hitam semalam yang mengakibatkan lebih 25,000 orang lari menyelamatkan diri.
Hari ini pula, ahli-ahli sains mengisytiharkan `keadaan berjaga-jaga' selepas gunung berapi, Anak Krakatau dan Tangkuban Perahu menunjukkan tanda-tanda semakin aktif untuk meletup.

Ekoran itu, dua gunung popular sebagai destinasi pelancongan itu terpaksa ditutup petang ini.
Langkah berjaga-jaga itu diambil kerana pihak berkuasa bimbang akan wujudnya gas beracun seperti karbon monoksida, belerang dan sulfur yang membahayakan kesihatan.
Stesen televisyen SCTV pula menyebut, Gunung Bromo, di Jawa Timur yang meletup tahun lalu dan mengorbankan tiga pelancong turut dilaporkan mulai mengeluarkan asap hitam - tanda-tanda awal gunung tersebut semakin aktif.

Bagaimanapun sehingga petang ini, belum ada kenyataan rasmi dari Badan Meteorologi dan Geofisik Indonesia mengenai ancaman puluhan gunung berapi lainnya yang masih aktif di negara ini.

Gunung Krakatau telah meletup pada tahun 1883.
Akibatnya wujud dua anak gunung iaitu Rakata Besar dan Anak Krakatau pada tahun 1930.

Selain Gunung Talang, Gunung Merapi di Sumatera Barat juga dilaporkan semakin aktif sejak gempa bumi di Selat Mentawai, minggu lalu. Ini menyebabkan Gunung Tangkuban Perahu di Bandung, Jawa Barat dan anak Gunung Krakatau di Selat Sunda juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Sementara itu, Gunung Talang yang terletak kira-kira 50 kilometer dari kota Padang terus memuntahkan debu dan percikan api setinggi 200 meter disertai gempa bumi kecil.
Penduduk di sekitar Gunung Talang telah berpindah dari kawasan itu dan kini tinggal di khemah-khemah dan juga di bangunan-bangunan awam.

Gunung itu juga diletakkan dalam keadaan `berjaga-jaga' semalam.

Pakar vulkanologi kerajaan, Syamsul Rizal berkata, peningkatan dalam aktiviti gunung berapi itu besar kemungkinan ada kaitan dengan beberapa kejadian gempa bumi kuat yang menggegarkan Pulau Sumatera baru-baru ini.

``Ia mungkin satu bentuk kesan domino,'' katanya.

Syamsul berkata, alat sensor yang dipasang di lereng gunung berapi Anak Krakatau dan Tangkuban Perahu dikesan menunjukkan peningkatan dalam aktiviti gunung berapi dan pengumpulan gas beracun.

Pakar geologi kanan Indonesia, Mas Ace Purbawinata pula berkata, gunung berapi Tangkuban Perahu yang setinggi 2,076 meter mula menunjukkan tanda-tanda semakin aktif malam tadi.
Ini mendorong ahli-ahli sains menaikkan status gunung berapi itu ke tahap ``berjaga-jaga.''
Anak Krakatau dan Tangkuban Perahu, yang sering mengeluarkan gas dan debu, telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan kepada para pendaki gunung.

Bagaimanapun pihak berkuasa tidak pula memindahkan penduduk-penduduk kampung yang tinggal di lereng-lereng kedua-dua gunung tersebut.

Beliau berkata, beberapa letupan kecil berlaku selepas letusan pertama, tetapi tiada tanda-tanda letupan besar dikesan.

Gunung itu mengalami sekurang-kurangnya empat letupan besar pada masa lalu, tetapi kesemuanya berlaku pada abad ke-19. Tiga letupan kecil juga berlaku pada 1981, 2001 dan 2003.

Kesemua gunung berapi itu adalah di antara sekurang-kurangnya 129 gunung berapi yang aktif di Indonesia.

Sementara itu, para peniaga di Gunung Tangkuban Perahu yang kali terakhir meletup pada tahun 1910 dan terletak kira-kira 30 kilometer utara Bandung juga telah dipindahkan ke kawasan selamat.

``Anak Gunung Krakatau di Selat Sunda semakin aktif sejak dua hari ini. Semalam sekurang-kurangnya berlaku 32 kali gempa di kawah gunung ini. Kita telah mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat laporan berkala kepada daerah terdekat, Serang dan Banten.

```Pada masa ini kawah anak Gunung Krakatau mengeluarkan asap kehitaman tapi kejadian ini jangan dikaitkan dengan gempa bumi gunung berapi di bahagian barat Pulau Sumatera,'' kata jurucakap Direktorat Vulkanologi dan Bencana Geologi, Surono di Bandung.

Indonesia merupakan sebahagian daripada ``Rangkaian Api'' Pasifik, iaitu garisan gelinciran bumi dan gunung berapi yang terletak dari Hemisfera Barat melalui Jepun dan Asia Tenggara.
Sementara itu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang melawat para penduduk di sekitar Gunung Talang yang berlindung di tempat-tempat perlindungan menyatakan rasa syukur kerana bencana alam itu tidak mengorbankan jiwa.

Susilo yang baru-baru ini menerima pesanan singkat (SMS) supaya menyembelih 1,000 ekor kambing bagi mengelak bencana alam terus berlaku di Indonesia turut menyatakan akan menemui para Gabenor untuk menjelaskan kejadian gempa bumi merupakan fenomena alam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.