Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Thursday, April 14, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Suami OraNg Part 2

sambungan dari part 1.

Nama : Abdul Rashid.
Nama gelaran : Dol
Umur : 34
Anak : 2 orang

Raden sakit hati. Kata2 dari keluarganya benar2 membuatkan dirinya benar2 tercabar. Namun dia cuba juga untuk menerima segala nasihat itu.

Sejak hal itu En Amat tidak pernah datang ke rumah nya lagi. Mungkin Bapa tirinya telah memutuskan hubungan mereka berdua.

Satu hari Raden mendapat panggil telefon dari kakak angkatnya yang berada di bandar.

"anak aku yg besar masuk hospital, so yg kecik tak ada orang nak jaga. Aku nak minta kau tolong jagakan, Lagi pun kau tak sekolahkan hari sabtu ahad?"
'saya boleh bantu, tapi kena tanya mak saya dulu'

"tak apa nanti aku cakapkan dengan mak kau"
'ok, nak saya ke rumah akak terus ker?'

"ah ambil anak aku yg kecik kat rumah jiran aku, laki aku balik kerja dalam kul 8 malam"
'ok, saya ke sana sekarang'

Raden telah mengenali Kakak angkatnya cukup lama, sejak dia berumur 10 tahun. Hubungan mereka pun cukup rapat. Selepas kakaknya berkahwin pun hubungan mereka tetap rapat.

Setibanya Raden di rumah kakak angkatnya, kelihatan baju bertaburan di ampaian, dipungutnya lalu dilipatnya. Rumah itu terlalu daif pada penglihatannya. Namun apa lah yang dia mampu membantu.

Setelah siap berkemas, memasak apa yang ada dia ke rumah jirannya dan mengambil Rabiah. Anak perempuan kakak angkatnya. Dimandikan, diberi makan dan ditidurkan.

Jam 8.30 malam terdengar suara memberi salam, pasti suami kakak angkatnya sudah pulang.

"en engkau Raden, apa kau buat di sini? mana kakak kau?"
'macam ni abg dol, Sabri masuk hospital besar, jadi akak minta saya tolong jagakan Rabiah hari ni'

"em..napa dia tak bagi tahu aku"
'saya tak tahu'

"kau nak ikut pergi hospital? aku nak tengok dia orang?"
'boleh juga'

"Rabiah tu biar adik aku jaga"

Nasib baik Dol balik bersama adiknya yang kerja setempat dengan nya.

Raden pun mengikut Dol ke Hospital besar. Mereka sampai di hospital hampir pukul 10 malam. Setelah melihat keadaan Sabri dan kakak Angkatnya mereka pun bertolak balik ke rumah.

Dalam bas perjalanan balik ke rumah, seperti tidak diduga Dol telah meluahkan perasaannya pada Raden. Raden benar2 terkejut. Tak disangkanya Dol ada menyimpan perasaan terhadap diri nya sejak dia dikenakan oleh kakak angkatnya. Tapi Raden tahu itu hanya lah kata2 manis seorang lelaki.

Malam Raden tidur bersama rabiah dan Dol tidur bersama adiknya di ruang tamu. Namun kerana takut Raden tidak dapat melalapkan mata.

Keesokkan harinya Kakak angkatnya pulang bersama Sabri, Raden minta diri untuk balik ke kampung. Dol ingin menemaninya tapi ditentang oleh Raden. Kakak angkat Raden memujuknya, "biarlah abg kau hantar, takut apa2 terjadi pada kau nanti" Raden hanya mendiamkan diri. Dia tak berkuasa untuk berkata apa apa.

Dalam bas tanpa putus asa Dol memujuk Raden untuk bernikah.

"giler kah abg ni, tak nak saya"
'abg janji abg akan bahagiakan raden, abg akan tanggung Raden sekolah'

"tak payah lah abg, raden pun masih sekolah mana boleh pikir ni semua"
'Raden tak yah sekolah, ikut abg ajer'

"tak nak lah, abg dengan akak pun tak tertanggung ada hati nak tanggung Raden"
'abg mampu raden, cuma abg tak nak tunjukkan pada kakak kau'

"saya tak mahu"


Seminggu berlalu hal itu, ketika pulang dari sekolah Raden terkejut kerana Dol menunggunya di pintu pagar sekolah. Giler lelaki itu. Dirayunya, dipujuknya...Kerana kasihan dia mengikuti Dol untuk makan tengahari.

Ketika makan Dol masih lagi merayu untuk bernikah dengan nya..
"abg sayangkan Raden, abg tak sanggup kehilangan Raden"
'habis tu abg nak buat apa dengan akak angkat saya tu?'

"kalau raden nak, Abg boleh ceraikan dia"
'kerja giler ker ah abg ni?'

"abg cakap betul, abg nak kan Raden"
' kalau abg ceraikan akak, raden tak nak tengok muka abg lagi, selama-lamanya'
"tapi Raden kita macam mana"

'kita tak ada apa apakan, saya pun tak ada perasaan dengan abg pun'

Raden meninggalkan Dol bergitu sahaja.. Dia pening...Bingung...
Bersambung...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.