Pelarian Kasih Episod 3
Keberangkatan aku ke Korea dihantar oleh Mak, abg, adik dan anak saudara. Pada mulanya dia orang tak dapat hantar, kerana tak ada kenderaan. Tapi sehari sebelum berangkat mereka tiba di Wisma Belia dengan kereta merah. Sewa katanya.
So hari first dapat duit biasiswa untuk barang2 persediaan sebelum bertolak, aku gunakan untuk bawa family aku jalan2 di Kuala Lumpur. Itu lah kali pertama kami menjejakkan kaki ke KL. Sungguh terharu sangat saat itu.
Malam last aku tidur dengan mak aku. Kami berpisah di Subang Airport. Masing2 mengalirkan air mata. Aku apa lagi mencurah2 air mata. Lambaian terakhir untuk mak dan adik beradik aku. Ramai keluarga2 yang hadir saat itu.
Melangkah menuju ke pintu Kapal Terbang kami berbaris. Semuanya ada 32 dua orang. 15 orang mengikuti kursus JVTC dan selebihnya matrix. JVTC adalah program lepasan vokay dan teknik. Di korea akan mengambil bahasa korea selama setahun, disambung dengan diploma 2 tahun dan degree 2 tahun manakala matrix pelajarnya sudah mempelajari bahasa korea di UTM dan menyambung Degree di Korea selama 2 tahun. Dan aku adalah program JVTC.
Saat itu aku memakai baju kot biru gelap labuh yang diberi pinjam oleh Along. Sorang2 nya member perempuan dalam 15 pelajar batch aku. Aku yang tak disediakan baju kot terpaksa meminjamnya dari Along.
Saat2 akhir melangkah, seorang Pegawai JPA mengiringi kami. "wa ni mesti tak sabar nak main salji kan, dah pakai baju kot labuh lagi" aku senyum...kami terus melangkah...
Bersambung..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home