The Pacifier
Semalam tengok wayang citer ni dengan shila. Biasa lah aku belanja dia lah apa lagi. Untung orang kawan dgn aku, dapat makan fee tengok wayang free..hari hari tu..ahahaha.. ok sinposis citer ni..
Citer ini mengesahkan tentang seorang ketua askar yang garang dan penuh berdisplin diberi tugas untuk menjaga kanak2 yg kehilangan ayah tersayang, dan dalam masa yg sama diberi tugas untuk menyiasat tentang program "GHOST" yg diprogram oleh ayah kanak2 yg telah mati tu.
Kelakar juga bila seorang askar yg berdisplin terpaksa melayan kerenah remaja yg baru meningkat umurnya, kanak-kanak yang selalu dibuli oleh kawan2 lelaki, dan bayi yang masih tak tahu apa apa lagi. Banyak yang diperlajari tentang kehidupan budak2 tu.
yang paling best sekali masa Vin Diesel masuk lubang tahi kerana alarm budak2 tu kat dalam lubang tahi tu.. errrkkksssss....kalau orang yg cepat putus asa mesti dah tak nak jaga budak2 tu lagi..
Tapi disebabkan Vin Diesel seorang pegawai yang bertanggungjawab dia dapat menguruskan budak2 tu. Sempoi tul, akhirnya Vin Diesel mula sayang kat budak2 tu. Saat perpisahan tu betul2 menyentuh hati budak2 tu..
Memang best lah comedy ni, kau orang pi lah tengok..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home