Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Wednesday, June 10, 2009 Image hosted by Photobucket.com

Hafizan?..




Hafizan ku yang comel..heheh..

Setahun Berlalu...

Assalamualikum Semua...

Diam tak diam dah dekat setahun aku tak menaip kat sini...kenapa ya?.. heheh aku pun tak pasti.nak kata sibuk tu tak lah sangat..tapi seakan tak ada apa nak ditaipkan..

Alhamdulilah..keluarga aku bahagia..My hubby..alhamdulilah...bersyukur aku dapat berjumpa dan bersatu dengannya... Dan Hafizan.. Alhamdulilah..pembesaran dan perkembangannya cukup baik.. Dan aku cukup bahagia mendapat kebahagian yang dikurniakan ini... DAn Alhamdulilah rezeki melimpah lagi dengan bakal kehadiran yang kedua... mengikut due doktor 11.11.2009..Insyallah... BErsyukur pada Allah dengan kurniaannya..

Kerja..masih lagi macam tu juga..melayan Mr Yu "bong wuq" .. ahaks mcm mana bunyinya tu...ahaks..perkerja2 yang ada pun tak banyak kerenah.. alhamdulilah..tak banyak sangat masalah yang aku hadapi..

Adik aku baru bersalin.. dapat baby boy..em..dah dapat sepasang.. alhamdulilah..

Aku lak?... aku terima seadannya...asalkan selamat dan sihat hendaknya...

Ok lah jumpa lagi..

Love u all..

bye
Friday, May 23, 2008 Image hosted by Photobucket.com

Enam Bulan Sudah...

Diam tak diam dekat 3 bulan aku tak coret apa apa kat sini..Hafizan dah masuk 6 bulan, dah cerdik dan pandai. "Emak" perkataan pertama yang kita orang dengar dari mulut dia. Itu pun kadang2 aje dia sebut.

Hafizan ni mula mula pendiam, walaupun diagah oleh orang ramai, dia tetap tak senyum, muka dia redup ajer.. tapi lepas dok dengan Wan rabiah dia, jiran belakang rumah, sekarang ni asyik ketawa ajer kerja dia.. seronok kalau tengok dia ketawa. Ceria...

Hafizan dah pandai merangkak skit2.... kalau dia merangkak mesti dia akan menjerit,, mungkin nak suruh mak ayah dia tengok dia, nak ambil perhatian mak ayah dia... Seronok tengok keletah dia.. Alhamdulilah.. tak banyak masalah untuk menjaga hafizan... PErasaan ini tak dapat nak digambarkan betapa gembiranya aku mendapat hafizan... Hanya Allah Maha Mengetahui...

Kisah hidup aku, alhamdulilah segalanya berjalan dgn lancar..Kerja,, biasalah kalau tension or masalah tu normal lah.. tak leh nak kata apa.. terima dan lalui sahaja..

Malam ni ada perbincangan dgn En Roslan tentang project Perternakkan ikan sembilang.
Semangat aku dgn hubby aku nak memulakan project itu.. Nanti aku citer lah lepas dah berbincang dgn En Roslan itu. Semoga menjadi rancangan aku kali ini..

Sekian,
Rindu kat semua...
bye..
Friday, February 22, 2008 Image hosted by Photobucket.com

Tiga Bulan...

Diam tak diam hafizan sudah masuk tiga bulan... Terasa cepat sangat fizan membesar.. Tempoh hari aku bawa fizan pi klinik. Kena cucuk 3 serangkai.. berat fizan naik 0.7kg.. Sekarang sudah 5.7Kg.. alhamdulilah..tak susah nak mejaga Fizan.. Hafizan anak yang baik...

Sekarang Fizan rajin bercakap2.. dah mula kurang tidur.. dan sudah pandai meniarap.. seronok kalau dia bercakap.. rasa tak jemu memandang dia.. DAn terasa berat kaki nak meninggalkan dia untuk berkerja.. PErasaan menjadi seorang ibu tu tak dapat nak dibayangkan.. Perasaan kasih dan sayang itu.. tak pernah lagi aku memberi kasih seperti itu.. Kini aku tahu..mungkin itulah yang mak aku rasai terhadap anak-anak dia.. bertapa sanggup berkorban segala2nya kerana anak... Dan aku?..sanggupkah aku menjadi seperti ibuku.. berkorban segala-galanya untuk anak2 aku?..

Non dah lari dari rumah abg aku..Dan lama aku tak cerita pasal dia.. nanti ada masa aku ceritakan...
Tuesday, February 05, 2008 Image hosted by Photobucket.com

Meniti Kebahagiaan

Perlukah aku katakan yang aku kini benar2 bahagia.. Hanya ucapan Alhamdulilah.. Alhamdulilah.. dan tak terucap ucapan Alhamdulilah... Sesungguhnya segala-galanya adalah ketentuan Allah Ta'alah...

Begini rasanya nikmat kebahahagiaan di dunia.. Aku tahu..ini hanya sedikit dan aku tahu pasti ada banyak lagi di sana kebahagiaan itu.. Namun aku cukup bersyukur dengan nikmat yang aku nikmati sekarang ini..

Mempunyai suami yang penyayang dan bertimbangrasa.. memahami dan penyabar.. sudah cukup sempurna untuk aku.. Dan cahaya mata yang cute dan semakin membesar benar2 membuatkan aku belajar menjadi seorang "wanita" yang berkerjaya dan ibu yang berat tanggungjawabnya..

Kepada mereka yang masih belum laluinya.. Insyallah..pasti akan rasainya juga..kerana segala2nya ketentuan Allah.. Jangan menyesal dengan apa yang terjadi dalam hidup.. sesungguhnya segala2nya ada nikmat di atas apa yang terjadi..
Wednesday, January 30, 2008 Image hosted by Photobucket.com

Perkembangan Hafizan

Dah dua tiga hari ni..tengok Hafizan mcm dah mula nak bersuara... Seronok tengok dia mcm bercerita..tapi paham paham lah bahasa baby lah kan.. cute sangat.. lama lama dia berbunyi kalau kita memujuk or ajuk pasti dia menangis..

TAk sangkat cepat sangat dia membesar... dan tak sabar nak tengok dia meniarap.. La ni dia cuba cuba nak mengiring.. seronok tengok dia..

Sayang anak mama...

p/s: Min...gambar kahwin tak ada ker?
Monday, January 28, 2008 Image hosted by Photobucket.com

Hafizan dah membesar lah

Min..

Nak tengok gambar fizan buka mata ek..
Ni dia..



Saturday, January 26, 2008 Image hosted by Photobucket.com

Dah Mula KErja..

TAk sempat betul nak menaip kat sini.. So hari ni boring kat office boleh lah meluangkan masa untuk menaip kat sini..

Diam tak diam.. Fizan dah masuk dua bulan dua minggu. Genap dua bulan tempoh hari dah pi cucuk 3 serangkai.. Menangis juga masa kena cucuk tu. Aku lak seram semacam ajer. Kesian sangat kat Fizan.. Macam ni agakanya perasaan seorang ibu terhadap anaknya. Baru lah aku tahu mcm mana perasaan mak aku terhadap anak2 dia.. Perasaan sayang dan kesian tu tak lekang langsung. Ya Allah.. hanya kau maha mengetahui..

Actually aku nya cuti sepatutnya 60 hari tapi hari ke empat puluh aku dah masuk kerja. Mr Kim yg minta aku datang awal office. Mana tak Mr yu dah surrender tahap cipan untuk handle kilang seorang diri. Hahah baru dia tahu...

Tapi lepas aku naik awal dari cuti aku, mr yu layan aku baik. Tak ada marah2.. Huhuhu ada perubahan lah skit pada mr yu.. Seronok sikit aku kerja sekarang ni..

Dan Hafizan.. Dah mula mengesot ke atas.. hehe..mak aku kata sepatutnya dia mengesot ke bawah tapi baby aku ni ke atas.. Slow slow dia membesar.. dan aku rasa cepat betul dia membesar.. terasa baru semalam aku lahirkan dia.. tapi hari ni dia dah 5 kilo..

p/s : Alhamdulilah.. Semoga aku tabah menghadapi dugaan yang akan datang.. Insyallah..









Wednesday, December 19, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Hafizan sudah sebulan

Diam tak diam hafizan sudah sebulan.. Dan perkembangan dia alhamdulilah baik sahaja.. Berat nya benar2 bertambah.. masa lahir 2.5KG la ni sudah 3.8KG... Alhamdulilah..
Sambung citer lagi ....
AKu cakap aku dah tak tahan, datang doctor lelaki do tunggu tepi aku.. BIdan tadi cakap yg doc tu akan tolong aku pecahkan air tumban. Persiapan pun dibuat. Check dan check doctor tu cakap dgn bidan.. "i tak dapat check ada ker tidak air tumbannya"..bidan tu mcm tak puas hati.. dia tanya aku, ada tak air tumban keluar. aku ckp tak ada... Bidan check.. Memang sah air tumban dah kering...
Aku ckp aku dah tak tahan.. terasa nak buang air besar.. aku terus teran.. peh..entah tak dapat nak citerkan masa tu.. macam macam perkataan yg aku dengar dari nurse sekeliling.. yg marah2 pun ada... yg aku tahu...Ya Allah sakitnya..dengan mulut aku meraung sakit.. dengan meneran.. dan tak silap aku 3 kali teran baby aku dah keluar.. aku terdengar suara baby menangis.. dah tu doc dok tunjukkan aku baby boy... dan dia benarkan aku dakap kejap baby tu.. aku masih lagi mengiggil.. tak sangka aku dah lalui prosess bersalin.. dah tu aku rehat kejap.. doc lelaki tadi dok tengah siap siapkan barang.. Bidan cakap prosess ke tiga..mengeluarkan uri.. tapi dah tak sakit..rasa lega sangat... dan yang terakhir nak jahit... Doc lelaki tu check.. em. tak jumpa koyak... bidan tak caya..dia check sekali lagi.. COnfirm tak ada jahitan.. Hairan Bidan tu katanya...
Lepas selesai aku ditolak keluar....atas trolly dan diletak tepi pintu.. tak sampai 5 minit nurse datang bawa baby.. dia suruh aku menyusukan baby... Ya Allah.. Hanya tuhan yang tahu saat tu punya perasaan... DAn aku tak terkelip mata memandang baby yg sedang menyusu...Ya Allah..BErsyukurnya aku saat itu..
Sambung nanti ya....
Saturday, November 24, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Hafizan Sudah Seminggu

Hari ini sudah satu minggu aku melahirkan baby... sekejap aje masa tu berlalu rasanya... dan alhamdulilah segalanya ok.. tiada masalah yang berat... alhamdulilah mak aku ada menjaga aku kat sini.. malam tadi kena sakit kepala..my hubby urutkan dan aku lena manakala my hubby dok jaga hafizan seketika..

Nak cerita detik2 aku melahirkan..

Hari jumaat..16-11-2007

Pukul 4 petang aku mula terasa sakit pingang yang amat sangat.. tapi sekejap sahaja.. sakit tu hilang begitu sahaja.. sejam kemudian sakit semula... hilang semula.. dan datang lagi.. malam balik cakap dgn mak.. mak kata em ni mungkin esok bersalin.. malam?.. tuhan ajer yg tahu.. 10 minit sekali aku sakit.. tapi aku tahan kan ajer.. skit skit masuk bilik air.. sikit sikit masuk bilik air.. pinggang aku?..hanya tuhan yang tahu rasanya...

Hari Sabtu.. 17-11-2007

Pagi aku masuk kerja.. Mr yu suruh pi rumah dia.. tapi aku cakap aku tak sihat..tunggu masa nak ke hospital.. sepanjang masa kat office aku buat tak sakit walaupun sakit.. kejap baring kat sofa.. kejap masuk bilik air.. aku tahankan sampai habis waktu kerja kul 1.30 tgh.. lepas tu aku pi makan dgn my hubby kat kedai mak cik selalu kita tapau.. entah napa tak selera lak nak makan, my hubby pun sama juga..makan tak habis... so lepas tu kita orang pun terus ke hospital seremban.

Doc buat check up..katanya baru buka 2 cm..masa tu kul 2.35pm.. dia tanya sama ada aku nak balik rumah dulu atau masuk wad, aku ckp nak masuk wad ajer lah.. tanya doctor ada kemungkinan tak bersalin hari yg sama, doctor kata tak pasti.. TAk apa lah masuk wad lebih elok, sebab aku pun dah sakit...

So rehat kat wad kejap.. tu pun kejap sakit kejap baik.. kul 4.30 ptg my hubby, mak dgn abg aku datang.. abg aku dok gelakkan aku.. padahal masa tu pinggang aku dah sakit sangat..kata orang 1 in ten.. sekali dalam sepuluh minit... maknanya sakitnya dalam sepuluh minit sekali datangnya..

nak menangis tapi tak terkeluar air mata.. my hubby dgn mak aku dok urut2 dan belai aku.. tapi tak terbalas dgn kesakitan yang aku tanggung... kul 6.30ptg mak aku dgn abg aku balik dulu.. my hubby masih menunggu... kul 7.00ptg aku masuk bilik rawatan.. Jururawat check aku sekali lagi.. katanya baru buka 4 cm.. so my hubby tanya agak2 kul berapa besalin.. mungkin dalam kul 1 mlm.. so aku minta dia belikan nasi goreng ikan masin dgn tom yam.. so dia pun balik..

kul 8.00mlm aku dah tak tahan sangat.. minta doctor yg ada check..katanya masih lagi 4 cm.. aku masuk bilik air.. menangis tapi tak keluar air mata.... aku keluar.. aku cakap dgn pelatih kat situ.. aku dah tak tahan... datang jururawat yang check aku mula mula dok check aku sekali lagi.. dah buka 6cm... dan dia ada buat sesuatu..katanya dia tolong pecahkan air tumban aku.. huk.. terasa mengalir sesuatu di bawah.. aku terus diusung ke labour room..

sampai kat situ.. mak ai...ramainya orang nak bersalin.,.macam macam bunyi ada.. nasib baik ada satu katil kosong untuk aku.. lepas pindah dari trolly ke katil terus datang doctor pelatih dok tanya itu ini dgn aku.. aku lak dah sakit giler2... aku tengok jam..kul 9 malam... doctor dok sibuk dengan document.. aku yg sakit dibuat tak tahu.. aku panggil doctor perempuan..mungkin bidan kot.. aku cakap aku dah tak tahan..katanya "jgn teran dulu, nanti koyak. Sabar dulu..." ..

sorry nanti sambung....
Thursday, November 22, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Alhamdulilah......

Alhamdulilah...

Akhirnya selamat aku melahirkan seorang baby boy... dan hari ini dah masuk hari ke enam. DAn mcm mana agaknya nak kongsi kesakitan nya ek?.. tak apa lah nanti ada masa aku cerita.. how ever aku just nak kabar ajer dulu kat u all yg baca yang tika dah jadi seorang mak sekarang.. dan kebahagiaan hidup tika bertambah bahagia.. Alhamdulilah..

Nama anak?... Hafizan Bin Hassan.. Anak ayah...



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Saturday, November 17, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Menanti Saat...

Semalam petang dari kul 4 petang aku dah mula sakit2...
Itu dia sakit nak bersalin rupanya... Sejam sekali.. kemudian setengah jam sekali.. dan malam 15 minit sekali..sampai lah ke pagi ni.. 15 minit sekali sakit pinggang.. Darah dah keluar sebagai tanda pintu rahim dah terbuka.. tapi aku masih lagi kat office.. huhuhu.. tunggu habis waktu kerja baru nak pi hospital.. boleh ker tunggu2 ni... silap2 sampai spital terus terberanak.. huhu..
PErasaan takut tu ada juga.. tapi beranikan diri.. lagi pun aku memang dah bersedia untuk hadapai ini semua.. SAkit?.. kena terima... nak kongsi tentang sakit?..tak mampu kot.. terlalu sukar untuk diungkapkan kat sini...
nanti sambung lagi...
tunggu......
Tuesday, November 13, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan

Semalam ulang tahun perkahwinan aku dgn my hubby yang pertama.

Aku belikan my hubby Motor kriss yg second hand ajer.. Nak beli yg baru tak mampu.. Nanti senang dia nak pi kerja bila aku bersalin nanti. Tak yah bawa kereta.. Dan boleh lah berjimat dgn minyak.. Bayangkan kalau naik keta minyak seminggu Rm50.00 kalau sebulan RM 250.00 tapi kalau naik motor seminggu RM10. dan kalau sebulan RM50.00.. Berkali ganda kan boleh jimat.

Dan aku tengok my hubby sangat happy.. Dan aku pun happy lah kalau tengok dia happy..

p/s : Sayang Abg...Muahhh...
Monday, November 12, 2007 Image hosted by Photobucket.com

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Boleh ker macam tu..
Tak apa lah..aku ucapkan untuk diri aku sendiri.. Selamat hari jadi sayang...
Pagi tadi bangun dari tidur, my hubby terus kiss dahi aku.. Dia ucapkan selamat hari jadi. Huhuhu..syadu hati ini mendengarnya.. tempoh hari hari jadi dia aku lupa.. hari ni dia ingat hari jadi aku...
mak pun hantar sms ucap selamat hari jadi. Ramai juga lah yang ingat hari jadi aku. Terima kasih.
Tapi hampeh.. Kat kilang hidup tertekan. Boss aku meragam. Rupa dia mcm belacan busuk. Ramai sangat cuti hari ni. Tu yg dia mengamuk. Dah tu dia sibuk pikir kalau aku dah due nanti, budak2 ni ponteng mcm mana dia nak arrange. La tu dia sibuk suruh aku cari pembantu..
Akahs... Rasakan.... Aku buat bodoh ajer....
Friday, November 09, 2007 Image hosted by Photobucket.com

My Hubby...

Em actually kita orang sebenarnya tak sabar menunggu si permata hati..
Tak sabar nak tengok muka dia mirip siapa.. Hahah... hati berdebar2 sebenarnya..

Tapi hairan.. dua tiga hari ni my hubby lak rasa sakit2 pinggang. Mak kata kalau
nak bersalin kita akan kena sakit pinggang. So far aku tak ada lagi lah sakit pinggang,
tapi tanda2 nak bersalin tu ada lah skit2. tapi tak lah melibatkan sakit2...

Ada ker isteri nak bersalin tapi suami yang sakit?..
Kesiannya kat dia.. Biarlah aku yg rasa, kalau my hubby yg sakit nanti mcm mana..
kesian kat dia...

How ever..doakan lah untuk aku ya... berdebar2 rasanya..
Tuesday, November 06, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Menanti Hari

Huhuhu...Raya dah berlalu.. Dan kini menanti hari untuk menerima kedatangan Si kecil.
Persiapan? Aku juga prepare apa yg perlu ajer. Apa apa hal tunggu baby dah lahir nanti.

Persiapan mental?..Alhamdulilah.. dah bersedia. Sakit ker tidak biarlah aku rasa. CUma kadang tu ada juga lah rengek2 dgn my hubby..

Yang pastinya aku dapat rasakan yg my baby ni sangat manja.. Macam mak dia manja dgn daddy dia..hehehe...jangan marah..

SAkit?..So far alhamdulilah tak ada sakit2.. cuma rasa geli tu ada lah..sebab baby bergerak2.. malam kalau baring melentang memang akan sakit pinggang sebab menampung baby. So kena lah tidur mengiring sahaja..

Macam tak percaya .. Kejap lagi aku akan jadi mak..
Wednesday, October 17, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Berhari Raya

Apa kabar semua?.. Macam mana hari raya kau orang? seronok tak?
Hari JUmaat kita orang dah mula Cuti. Lepas Sahur terus kita orang bertolak balik ke kluang. Tahun ni raya kat Johor. THanks my Dear kerana tahun pertama kita berkahwin abg benarkan kita beraya kat johor. So singgah rumah kak mah dan ambil dia orang balik Sg Mas sama2. Padat kereta dibuatnya.
Sampai kat sungai mas sibuk dok mengemas yang mana patut. My Hubby pun tolong sama. Seronok rasanya. Siap kemas sikit2 kita orang pun berehat. Petang lak sibuk siapkan makanan untuk berbuka puasa.
Malam lepas dah lepak2 tengok budak2 ni main mercun dan bunga api aku dgn my hubby dok kat dapur. Em macam tak percaya, My hubby yang masa dgn my mum. Mak aku menangis, tak sangka My hubby akan tolong masak. Ya lah selama ini tak pernah menantu or anak lelaki dia tolong masak kat dapur. Dan TAhun ini my hubby tolong masak. Aku terharu sebenarnya. So malam dalam kul 11 lebih kita orang dah siap semuanya dan masuk tidur. Tidur dengan nyenyaknya.
Pagi dalam kul 5 aku dah bangun. Aku tak kejut pun hubby aku. Nak biarkan dia tidur lama sikit. Aku sambung masak sayur dgn sambal jawa. Tak sangka my hubby bangun tanpa dikejut. Ya Allah.. Bertuahnya aku dapat dia.. Aku tak pernah nampak Abg aku or Pak cik aku or abg ipar aku akan buat seperti mana my hubby buat. Bangun pagi, mandi dan terus pakai baju melayu.. Cukup segak dan mancho. Aku sediakan makanan untuk my hubby jamah sebelum bertolak ke masjid. Si Tam pun aku suruh bersiap supaya boleh ikut my hubby ke masjid sama. Baru nak bertolak abg aku lak bangun dan sibuk baru nak bersiap sebab nak ikut. Elok lah macam tu.
Lepas dia orang semua bertolak kita orang kat rumah sibuk menyiapkan hidangan untuk makan beramai2 selepas dia orang pulang dari masjid. Dalam kul 9 lebih dia orang pun sampai. Acara bermaafan pun bermula. Abg aku mulakan salam dgn mak aku. Aku pun follow dia. Salam mak aku, dan menangis tu seakan satu kemastian.. Lepas tu aku salam my hubby. Aku nangis juga. Entah.. My hubby senyum ajer... Aku kasi juga mak dgn hubby aku duit raya.. Dan diikuti dengna yang lain2.. Lepas tu acara makan makan.
Lepas siap makan2 dia orang semua bertolak untuk acara marhaban untuk blok. Aku dgn kakak aku sibuk menyiapkan makanan untuk dihidangkan untuk tetamu yang datang.
Petang kita orang rehat2 ajer kat rumah. Entah macam mana borak punya borak terbongkar rahsia yang si NON ada HP. Terkejut aku. Aku terasa marah sangat2. Tapi aku control. Aku tak marah2 non aku diam ajer. Aku tinggalkan dia orang kat dapur dan ke depan dekat My Hubby. Aku menangis. My Hubby memujuk aku. Dia suruh bersabar. Bukan salah aku benda2 ni terjadi. Aku dah ajar dia tapi dia nak buat juga. Lega sikit hati aku bila my hubby pujuk macam tu. Dia lap kan air mata aku. Ya Allah bertuahnya aku dapat dia.
malam tu kita orang dok kat rumah ajer rehat2. Tak larat nak jalan jalan ditambah dengan mood yang tak baik.
Hari raya kedua kita orang beraya kat rumah pak tam. Pagi lagi dah bertolak. Lepas tu beraya lak rumah wanie.siap siap petang kita orang bertolak balik ke seremban.
Sampai seremban kemas2 rumah dan basuh baju yang berlambak. Mak pulak sibuk kat dapur mengemas entah apa tah. Ajak mak balik kampung My hubby tapi dia tak mahu, nak rehat katanya.
Malam bertolak balik ke kampung my hubby. Seronok beraya kat kampung my hubby. Pagi menziarahi kubur arwah mak dgn ayah my hubby, dah tu berjalan-jalan ke rumah kawan my hubby.
Petang tu aku minta balik cepat. Sebab aku dapat tahu berita tak baik. Yg Hp Mak Cik my hubby Hilang masa kat rumah aku. So siapa lagi yg ambil Non lah. Tak sabar aku nak balik dan tanya Non.
Sampai kat rumah aku panggil Non dgn mak aku. Duduk mengadap. Aku tanya cara baik. DIa mengaku yg dia curi HP mak cik My Hubby. ya Allah.. Kenapa Dia buat benda tu. Berderau darah aku dan menyirap darah aku. Tak sangka dia betul betul mencuri. Aku tak pukul dia. Aku suruh mak aku panggil Abg aku. Sukur datang. Dia tanya Kenapa.. Aku suruh non mengaku depan sukur. Sekali kena lempang.. dua kali kena lempang. dan lepas tu terus-terusan dia kena pukul dengan rotan. Aku tahu cukup sakit. Aku menangis. tapi aku kuat kan hati. Bukan nak dera dia. tapi nak beri pengajaran pada dia. Sepanjang petang tu non di rotan dgn sukor. DIa minta maf dgn aku tapi aku tak dapat nak maafkan dia. Aku suruh dia terus ikut sukor balik ke rumah dia.
Malam terjadi kes yang tak diingini. Mak aku mengalami stress yang amat sangat. Bukan kerana Non tapi kerana Mak Non. Si sukor entah apa yg dicakapnya pada mak aku tentang mak non sampai mak aku meraung giler2. Nasib baik my hubby ada untuk tenangkan dia. Dan aku pun dok memujuk dia. Aku suruh dia buka puasa, dan makan sikit2 dan makan buat xenex. Dan terus suruh tidur. Pagi aku pi kerja tinggalkan mak aku sorang. Tengahari balik tengok mak. Dia tidur ajer.
Petang balik kerja aku masak dan mengemas. Malam aku lipat baju, dan yang membuatkan aku terharu my hubby dok sama dan tolong lipat baju sama2. Ya Allah. Bertuahnya aku mendapat my hubby...Hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa bersyukurnya aku ditemukan dengan My Hubby.
Aku sayang sangat2 dgn my hubby tapi aku tak berani nak luahkan pada dia.. AKu tak mampu menjadi isteri yang baik. AKu takut sangat. Dan entah serba salah aku dibuatnya..
p/s : Sayang abg sangat...
Thursday, October 11, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Selamat hari Raya

Kepada semua umat Islam di Dunia ini, dan kepada kawan kawan juga..

Selamat Hari raya,
Maaf Zahir dan Batin.
Jemput lah datang ke rumah beraya.


Dari Tika.
Thursday, October 04, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Dap Dup Dap Dup...

Hai kawan kawan...
Lama betul tak menaip.. Diam diam dah nak masuk raya.. bulan puasa ni tak ada menaip langsung...

Sesungguhnya alhamdulilah kehidupan yang tika lalu sekarang. Aku betul betul terasa bahagia, dan bersyukur sangat2 mendapat seorang suami yang cukup perfect pada aku. Aku tahu terlalu awal untuk aku judge My Hubby tapi aku tak menyesal menerima dia sebagai suami aku.. Aku sayang Dia.. Tapi tak mampu untuk aku ucapkan.. Kerana aku takut.. takut bile terlalu sayang akan memberi kesan yang mendalam seandainya terjadi sesuatu yang aku tak terduga.. Bukan meminta tetapi aku harus beringat.. macam mana pun, Aku bersyukur sangat2 mendapat dia menjadi hubby aku..

Kandungan aku diam tak diam dah masuk lapan bulan satu minggu.. Perut dah membesar sikit.. Tapi tak de lah besar sangat.. nampak cute ajer...

Kehadiran baby memang tak sabar dibuatnya.. Mak aku lagi lah tak leh nak kata apa.. dah prepare semua barang2 nak bersalin.. Sibuk kan main.. aku ajer yg buat bodoh ajer.. bukan apa.. hati ni sebenarnya takut sangat2 nak menghadapi nya.. tapi aku tak luahkan.... almaklumlah pengelaman pertama kali.. bukan senang.. dengar citer dari semua orang bukan main, kata tak sakit lah, kata sakit sangat2 lah... dan macam macam lah...

However untuk semua aku ucapkan Selamat berpuasa dan selamat menyambut kedatangan Syawal...

Tahun ni tika raya kat johor... Sayang my hubby.. dia benarkan raya kat johor tahun ni...

p/s : I Love U.....
Monday, September 17, 2007 Image hosted by Photobucket.com

Teringat Satu Masa

Em dah lama tak menaip kat sini.. Dan hari ini aku terasa nak menaip kat sini di atas apa yang terjadi pada aku hari ini..

Kalau you all ada baca blog tika tahun lepas punya pasti akan tahu kisah ini... Tahun lepas ke dua tahun lepas tak pasti lak...Dan yang pasti tajuk entrynya "Dilempang Orang"...

Yap tempoh hari aku dilempang oleh DIA. Dan ayat dia "Jangan sesekali kau muncul depan mata aku lagi".. Ayat yang tak pernah aku lupakan... tetapi hari ini... DIA yang datang ke office aku dan minta pendapat aku tentang kerja2 dia. Bukan nak gelak atau ketawa besar tapi sesungguhnya Allah ta'alah nak tunjukkan pada semua siapa sebenarnya yang benar dan salah dalam hal ini.

Bukan nak besarkan hal ini, tapi bak kata ustaz Sa'ari, satu hari nanti dia orang yg buat kat aku dgn my hubby pasti akan datang jumpa aku. Hari ini isteri dia.. dan aku tunggu bila laki dia lak datang jumpa aku untuk meminta maaf... Kita tunggu dan lihat...

p/s : Allah Ta'alah Maha Adil... Jangan kita cakap besar, jangan kita lepas cakap, Allah akan balas balik pada kita bila kita sendiri cakap besar.




Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.