Surat Wakalah..
Sebenarnya ada juga masalah2 yg tak dijangka telah terjadi.. Kita orang sampai tengah malam sabtu..Dan ingatkan pagi ahad tu bapak aku ada kat rumah..sebab kita orang dah kabar dua minggu lepas yg kita orang nak jumpa dia. Tup tup tup pagi tu bapak aku tak ada, kata mak tiri nya dia tak balik sejak raya. So pagi tu gelabah ke sana ke sini kat kuala terenggu mencari dia. tak jumpa..dekat tengahari anak dia call kata dia dah ada kat rumah. Habis masa ajer kat situ.
Petang pi pejabat agama. Alhamdulilah selessai segalanya. Walaupun letih aku drive sorang sorang tapi ianya membuatkan aku bersyukur.. Dugaan datang dan selesai dengan baik.. Allahmdulilah. Sesungguhnya Allah membantu Hambanya jika niat hambanya baik..
So tadi dah submit borang kat pejabat agama. Katanya isnin depan boleh datang dan ambil borang untuk nikah. Dan aku terasa semakin bahagia bila kami dah mula semakin akrab.. Dan aku rasa aku pun dah mula sayang kan dia...