Jahat Kah Aku?
Minggu ke 9:
Pergerakan pertama fetus dapat dideteksi dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.
Hari Isnin aku buat kad. Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar. Doktor Scan. Jantung Baby dah berdenyut. Doc tunjukkan kat aku area yg bedenyutnya. Eh eh...happynya..
Semua selesai. Doktor pesan suruh jaga makanan. Em..kalau setakat oren tu memang boleh polon habis..tapi kalau susu?..
Ya Allah..tolong tak boleh minum langsung. My Hubby berya ya suruh aku minum tapi aku tak leh.. lepas minum pasti muntah.. loya sangat2..
Hari ni ada chat dgn senior atas2 lah.. Citer tentang BAHAR... Tak sangka semua orang tahu.. Semua2 orang tahu hal si bahar ada orang ketiga..dan semua orang salahkan orang ketiga.. hairan.. hairan sangat2..
Memang aku akui, kesilapan aku mula berkawan dengan dia.. dan sehingga apa yg terjadi.. tapi jika kita sedar kesilapan kita, salahkah untuk kita bertaubat dan kembali ke jalan yg elok?... Dan salah kah Si Bahar tu insaf di atas apa yg terjadi dan membaiki kesilapan yg telah dilalui?.. kenapa mesti dijaja nama aku kepada semua orang mengatakan aku ni Jahat telah menghancurkan rumah tangga dia?...
Entah lah.. Tension juga aku bila tahu benda2 ni.. Dan hari ni boss aku ckp kat aku, semalam si bahar call dia lagi.. tanyakan hal aku... Apa sebenarnya dia nak lagi dari aku pun aku tak tahu...
Semoga Allah Buka Pintu hatinya untuk Bertaubat dan mengubah sikapnya yg kaki perempuan it.. Cukup2 lah aku dijadikan mangsa.. Jangan lah dia mengoda perempuan lain dan jadikan mangsa seperti aku.. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui...