Perlukah Menipu Diri sendiri untuk Kebahagiaan orang Lain...

Thursday, February 24, 2005 Image hosted by Photobucket.com

Yes! Yes! Yes!

Happy gitu kan kan? Pagi2 lagi dah siapkan semua kerja kat office, Document untuk delivery barang dah serahkan kat driver, surat untuk Kastam pun dah serahkan kat driver takut aku lambat balik, terus aku ke Imigresen, Sampai awal kul 8 dah sampai. tapi dapat no 27 peh ramai nya orang. Menunggu dengan sabar sejam, dua jam dah dekat masuk tiga jam baru no aku dipanggil. Tuhan ajer tahu macam mana aku tahan sabar. Pelahan giler perkhidmatan orang2 kerajaan ni. Aku tahu mungkin depa banyak kerja sungguh2, tapi entah lah kau orang tahulah sendiri kan. Tak sabar nak pi korea...Passport dah ada, ticket dah ada apa lagi. tunggu masa ajer..

Semalam balik kerja awal, kul 5.30ptg. Sebelum balik tu dapat call dari sham, huk terkejut aku, ya lah dah dekat 3 hari tak call, tup tup hari ni dapat call, cuba bual cam biasa, tapi Tuhan ajer yg tahu. Tak dapat cakap lama pasal boss aku marah marah, merajuk dengan aku. Sabarkan ajer lah.

Balik terus pi giant, beli belah pasal nak masak. Sambil2 tu aku hantar kereta untuk dicuci, peh setelah sebulan tak basuh baru nampak macam kereta sikit. Sampai rumah terus masak, Udang galah masak lemak chili api, ingat nak campur dengan nenas, tapi teringat jijah mengandung mana leh makan nenas, lepas tu masak timun tumis, dengan goreng ikan masin gelama. Siap masak suruh jijah hidangkan nasi suruh makan dgn abg aku. Tapi depa tak nak makan. Aku terus masuk bilik pakaian, berbekalkan anggur hijau dengan buah durian belanda, sambil kunyah aku mengemas bilik tu. Peh macam aku tak caya aku leh dok mengemas hari ini. Lepas kemas dah puas hati baru lah aku mandi.

Siap semua aku dok ngadap tv tengok citer CSI sambil makan. Berselera sungguh aku makan. Sedap hingga menjilat jari...Em bukan aku memang suka jilat jari ker?...hehehe...Habis citer CSI aku masuk bilik..layan novel lak..tajuk citer "Diusik Sayang". terasa lembab lak aku baca novel ni pulak kali ni. Tak apa biar lambat asal memuaskan. Rasanya kul 10.30 kot mak call. Berbual kejap, dan aku pun tidur.

Macam biasa sebelum subuh aku bangun.. kali ni aku bangun kul 5.00pagi. bangun terus basuh baju, gosok baju dan mandi. Keluar kerja awal pagi ni, kul 7 dah keluar. Sebab nak cover mr jang dulu kat office tu., Ya lah member tu dah marah kan aku semalam, hehe hari ni biar jadi baik..ahaks...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home





Image hosted by Photobucket.com






Image hosted by Photobucket.com

Abg Zul
Miju
Faiz
Aie
Diana
Pak Long
Pak Long
Leen
Mizi
Pak Bear
Nizam
Antu Sabun
Hang Buah
basrie
Irwandy
Lapan
yaabbna
Bulletproof
zlan_abe
Nizam Zakaria
Abg Bahtiar
Ayares
Redza
Gadis
Kak Meen



Image hosted by Photobucket.com


Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...




MMystical
i Insane
s Strong
s Spiritual
TTrustworthy
i Important
k Kind
a Ambivalent




eXTReMe Tracker


Listed on BlogShares

Image hosted by Photobucket.com

You Are a Life Blogger!

Your blog is the story of your life - a living diary. If it happens, you blog it. And make it as entertaining as possible.
What kind of blogger are you?

How You Life Your Life
You seem to be straight forward, but you keep a lot inside. You're laid back and chill, but sometimes you care too much about what others think. You tend to have one best friend you hang with, as opposed to many aquaintences. You tend to dream big, but you worry that your dreams aren't attainable.