Semoga Hari Ini Aku Ceria
Aku nak cuba ceriakan hati aku hari ini, aku tak nak sedih sedih macam semalam, dan aku rasa pun hari ni dah tak berdebar macam semalam.
Rindu lah kat sham, emm ah lupakan lah perasaan itu saat ini, lebih baik aku buat kerja yang boleh aku lupakan tentang perasaan dan hati, nanti ianya menyeksakan lagi penderitaan jiwa aku sekian kali nya.
Semalam aku dah taip banyak2 tapi huk ilang gitu ajer, tu yg lemahnya nak menaip kat sini, tapi tak apa sesungguhnya macam menarik ajer menaip diary kat sini, leh letak gambar heheh, tapi tak ada banyak sangat gambar nak letak.
Semalam sebelum tidur aku bergayut dengan sham, rindu sangat nak cakap lama lama dengan dia, semalam cakap sejam juga lah, mood aku cepat sangat berubah ubah, hairan, tapi yang pasti memang itu yang aku rasakan saat itu.
Aku ada minta sham datang jumpa mak aku kalau mak aku balik this week, em bukan memaksa atau merayu, tapi berharap lah juga untuk dia jumpa mak aku, tapi terserahlah pada dia sama ada nak datang ker tidak, aku macam dah tak mengharap apa apa lagi dari dia, cuma aku pasti mak aku pasti nak jumpa dia. Entah lah ek tak tahu napa apa yang aku pikirkan. Aku semakin jauh dari dia ataupun apa ek, ataupun perasaan aku yang makin jauh jauh dan jauh...
Tapi selalunya apa yang aku nak mesti aku buat, aku kata aku nak pergi jauh bawa diri pasti aku akan buat, aku nak dok sorang, tak nak makan, tak nak minum, tak nak tido, tak nak pikir apa apa masa tu, biar otak aku kosong....pasti masa tu aku rasa puas hati.....
tapi bila?...aku tahu pasti akan tiba masa nya...nantikan sahaja..
Semalam 14/2 em orang kata hari kekasih. Satu masa dulu aku suka sangat sambut, tapi bila aku dah beso ni aku tak suka, dan tak nak ambil tahu pun. Tak elok. Memang aku tahu aku ni jahat, banyak wat dosa, memang kelemahan aku, tapi bab bab yang boleh melibatkan agama lain ni, aku sensitip sikit.
Semalam sham ada ajak aku tengok wayang, wa hati aku berlonjak lonjak suka, suka sangat2, ya lah seminggu tak jumpa, tapi bila dipikir pikirkan, dia sakit, tak kan aku nak dera dia keluar malam malam hanya kerana nak jumpa aku. Aku tak benarkan, So aku balik umah badan rasa letih sangat2. Entah rasa lain dari yang lain, so aku tidur ajer. Tersedar malam kul 10 lebih, emm entah napa pikiran jahat aku menguasa diri aku. Apa agaknya sham buat ek? em agaknya dia tengah dating dengan awek dia kot. Aku marah diri aku, "simpan lah kepercayaan pada diri dia, sesungguhnya kepercayaan itu penting dalam hubungan"..
Aku marah diri aku, tapi aku manusia lemah, aku sms sham, lama tunggu dia tak balas, so aku macam malas nak pikir dah, so aku pun baring, tup tup dapat sms, sham tengah lepak depan tv.. Hati aku lega sangat... Jahat aku suka sangat pikir benda bukan bukan...
Aku sayang dia...hanya tuhan yang tahu...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home